Puisi Moden Tingkatan 4
Selasa, Oktober 23 | Selasa, Oktober 23, 2012 | 0Comment
Assalamualaikum :')
Harga Remaja - Rahman Shaari .
Maksud :')
Dalam rangkap pertama :
Penyajak menilai harga seorang remaja yang bebas daripada perasaan kecewa dan kukuh serta teguh peribadinya dalam menempuh kehidupan .
Dalam rangkap kedua :
Penyajak bertanyakan tentang cara remaja mengisi usia remaja , iaitu adakah mereka akan hidup dalam keadaan ragu-ragu akibat cinta yang rendah nilainya dan adakah remaja mengamalkan ajaran daripada ilmu yang sukar untuk diperoleh ?
Dalam rangkap ketiga :
Penyajak menjelaskan bahawa remaja amat bernilai dan tiada taranya . Nilai seorang remaja terletak pada pendirian , keberanian dan ilmu yang ada pada diri mereka .
Dalam rangkap keempat :
Penyajak menasihati remaja supaya mengisi usia remaja mereka dengan menentukan hala tuju dan matlamat hidup .
Persoalan :')
Dugaan hidup seorang remaja
- Remaja perlu melalui kesukaran dan cabaran yang pelbagai dalam meneruskan kehidupan .
Remaja amat tinggi nilainya
- Remaja yang mempunyai ciri yang positif seperti mempunyai pendirian , berani , dan berilmu amat tinggi nilainya .
Kepentingan mempunyai hala tuju
- Remaja yang menetapkan hala tujunya akan berjaya dalam menempuh alam remaja .
Pengisian alam remaja
- Remaja menentukan sendiri pengisian alam remajanya .
Nilai :')
Berhati-hati
= Remaja wajar berhati-hati ketika menikmati usia remaja .
Keberanian
= Nilai seorang remaja dipengaruhi oleh keberaniannya .
Berilmu
= Remaja yang berilmu akan dihargai .
Berpendirian teguh
= Remaja dituntut mempunyai pendirian yang teguh dalam menjalani kehidupan .
Rasional
= Remaja yang rasional dapat menentukan hala tuju kehidupannya .
Pengajaran :')
- Remaja perlulah menempuh alam remaja dengan berhati-hati .
- Remaja mestilah berani menjalani kehidupan bermasyarakat .
- Remaja hendaklah berusaha untuk menjadi insan yang berilmu .
- Remaja mestilah mempunyai matlamat dan hala tuju dalam kehidupan .
- Remaja perlulah menggunakan ilmu untuk mengelakkan diri daripada kesesatan .
Di Perpustakaan - Shafie Abu Bakar .
Maksud :>
Dalam rangkap pertama :
Penyajak menjelaskan bahawa tatkala memasuki perpustakaan dia terasa sesuatu yang bertentangan , iaitu daripada keadaan panas kepada keadaan yang sejuk . Keadaan di perpustakaan begitu senyap dan menjadi tempat orang yang berilmu terus mencapai ilmu di situ . Di mana-mana sahaja kelihatan pengguna perpustakaan tunduk meneliti sumber ilmu .
Dalam rangkap kedua :
Penyajak membawa pembaca mengamati ruang koleksi buku . Dia berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil di situ kerana terdapat terlalu banyak buku di situ yang sesetengahnya telah begitu lama disimpan dan dirujuk . Sesungguhnya terdapat terlalu banyak sumber ilmu di situ dan tidak mungkin penyajak mampu membaca kesemuanya . Menurut penyajak lagi , segala yang dicatatnya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang ada di situ . Perpustakaan merupakan pusaka tinggalan generasi terdahulu yang menyimpan khazanah peradaban manusia sejak sekian lama .
Dalam rangkap ketiga :
Penyajak berasakan bahawa berada di perpustakaan menjadikan dirinya seorang yang dahaga akan ilmu yang berada di gedung ilmu yang begitu luas . Menurut penyajak , walaupun banyak ilmu telah diperolehnya di perpustakaan , tetapi keinginannya untuk terus meneroka ilmu di situ tidak akan berkesudahan .
Persoalan :>
Keperluan ilmu dalam kehidupan
- Untuk menempuh kehidupan , memiliki ilmu menjadi suatu kewajipan . Atas kesedaran ini , ramai yang berkunjung ke perpustakaan .
Ilmu tiada hadnya
- Ilmu tidak pernah ada garis penamatnya . Semakin banyak kita mengkaji sesuatu semakin banyak perkara yang sebenarnya kita belum tahu .
Perpustakaan sebagai sumber rujukan perkembangan peradaban manusia
- Perpustakaan menyimpan pelbagai buku yang merakamkan perkembangan peradaban manusia tanpa batas waktu .
Keadaan di perpustakaan yang kondusif untuk mencari ilmu
- Perpustakaan merupakan tempat yang sunyi dan penuh dengan ilmu . Ramai orang mencari ilmu di situ .
Nilai :>
Mematuhi peraturan
= Di perpustakaan situasinya sepi kerana masing-masing mematuhi peraturan supaya tidak bising di perpustakaan .
Ketekunan
= Pengguna perpustakaan tekun mendapatkan maklumat daripada sumber yang dibaca .
Keinsafan
= Penyajak insaf bahawa masih banyak ilmu yang belum diteroka .
Kerajinan
= Orang yang rajin , komited mencari ilmu dan maklumat di perpustakaan .
Menghargai warisan ilmu
= Perpustakaan menyimpan pelbagai maklumat yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain dan warisan ini perlu dihargai .
Pengajaran :>
- Kita mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan apabila mengunjungi perpustakaan .
- Kita mestilah tekun dalam usaha mencari ilmu .
- Kita perlulah sedar bahawa ilmu tidak ada hadnya .
- Kita mestilah memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di perpustakaan .
- Kita seharusnya menghargai warisan generasi lama yang diturunkan dalam bentuk penulisan .
Mahsuri - Zurinah Hassan .
Maksud :]
Dalam perenggan pertama :
- Penyajak membicarakan nama Mahsuri amat sinonim degan Pulau Langkawi yang sentiasa menerima tetamu . Sejarah hidupnya sentiasa diperkatakan . Penderitaan yang dilaluinya terakam pada kesan tinggalan ( telaga tujuh ) . Selama tujuh keturunan Langkawi menerima padah akibat sumpahan Mahsuri . Tiada pembangunan di situ akibat bumi Langkawi disimbah darah orang yang tidak bersalah . Sumpahan Mahsuri sebenarnya telah menjadikan Mahsuri begitu terkenal seperti sekarang .
Dalam rangkap kedua :
Penyajak beranggapan ada orang yang mengatakan bahawa Mahsuri sebenarnya tidak pernah hidup . Kewujudan Mahsuri hanyalah khayalan seorang penulis . Ada orang yang mengatakan bahawa Mahsuri sememangnya wujud . Walau bagaimanapun , bahasa yang digunakan oleh seorang penulis menjadikan kisah Mahsuri lebih hebat daripada kehidupannya yang sebenar . Sastera mempunyai peranan penting di negara kita . Tanpa kiah Mahsuri , Langkawi tidak akan membangun seperti Langkawi yang ada sekarang . Mahsuri menjadikan Langkawi begitu terkenal dan sastera pula telah menjadikan negara kita dikenali .
Persoalan :]
Perubahan yang berlaku di Pulau Langkawi
- Keadaan Langkawi telah berbeza selepas tamat sumpahan tujuh keturunan . Langkawi kian terkenal kini .
Kemasyhuran kisah Mahsuri
- Kisah Mahsuri diketahui umum menyebabkan ramai yang tertarik untuk ke Langkawi untuk menyaksikan tinggalan Mahsuri .
Peranan sastera dalam memasyhurkan Mahsuri dan Langkawi
- Penulis bertanggungjawab menjadikan kisah Mahsuri begitu hebat daripada kehidupan Mahsuri yang sebenar .
Pandangan tentang kewujudan Mahsuri
- Kewujudan Mahsuri menimbulkan polemik , iaitu sama ada dia wujud atau sebaliknya .
Nilai :]
Kreatif
= Kekreatifan penulis menjadikan perjalanan kehidupan Mahsuri kelihatan begitu hebat .
Menghargai sastera
= Sastera dihargai kerana mampu menjadikan negara kita dikenali dan hebat .
Kesyukuran
= Nilai ini timbul kerana Langkawi telah bebas daripada sumpahan Mahsuri dan kini berkembang maju .
Rasional
= Berfikiran rasional akan menjauhkan kita daripada memiliki sifat dendam dan hasad dengki .
Pengajaran :]
- Kita mestilah menggunakan kekreatifan yang kita miliki untuk memartabatkan negara yang tercinta .
- Kita tidak seharusnya memiliki sifat dendam .
- Kita mestilah mengingati tokoh yang menjadikan negara kita terkenal .
- Kita mestilah bersyukur atas kemajuan yang kita kecapi hari ini .
Ikhlas dari ,
Capital Maisara :)
Assalamualaikum and hello friends thank you for using my skins. Do you like it? no hurm so you can go away. But if you like and use my skins please friends do not remove credits and take my code if you taking you will die. I know my own code and i can find people who take my code. So please no basecode anymore.