Ahad, Oktober 21 | Ahad, Oktober 21, 2012 | 0Comment
Assalamualaikum :')
Tersenyumlah Hati Yang Bersedih
Saat kita menempuhi onak duri dunia
Derita sekali sekala mencuit hati
Hati remuk menangis tidak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
Dalam terharu ....
Air mata tertumpah juga
Wahai hamba Ilahi
Begitulah kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira
Adakalanya kita tersangat kecewa
Namun ...
Jangan risau manusia
Allah itu Tuhan kita
Tuhan Yang Maha Luas Kasih SayangNya
Percayalah
Allah tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana
Tertawa di sana
Berbahagia di sana
InsyaAllah di Syurga
Yang mengalir di bawahnya
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh Indahnya !
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
Kecuali menerima kehendak Allah SWT
Wahai hamba Allah ,
Jangan bersedih , kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan
Ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya .
Kesedihan demi kesedihan
Bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
Dan dunia yang luas dirasakan sempit
Dan tidak lagi berguna
Padahal , dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
Untuk kita raih syurgaNya Yang tersangat indah
Serta bebas daripada rasa kesedihan
Gara-gara kesedihan
Air yang manis akan terasa pahit
Makanan yang lazat terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
Wahai hamba Allah
Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
Senyuman yang kau berikan
Dan air mata yang kau titiskan
Simpan ... jadikan tauladan
Segala yang kau pandang dan dengar
Simpan ... buat pedoman :')